Followers

Monday 1 April 2013

VISIONNAIRE FC (TEAM BOLA JARING)

VFC SHOT CLUB

Merupakan pasukan bola jaring lelaki Visionnaire FC
10 orang pemain & 5 pemain simpanan


Ketua Pasukan & Jurulatih
NAIM & YANA

Latihan setiap Jumaat  |  10.00 malam





Berminat menyertai kami.... bolehlah melayari blog kami


serta Facebook kami di VISIONNAIRE FRIEND




Nota : Sesiapa yang ingin mengadakan perlawanan persahabatan bolehlah hubungi kami
Email : visionnairegroup2013@gmail.com
Tel : 012-9047287

Sunday 31 March 2013

PERTANDINGAN MENCIPTA TAGLINE VISIONNAIRE

TAGLINE VISIONNAIRE

Syarat-syarat Penyertaan

1. Sila tekan LIKE di Visionnaire Group 

2. Anda mestilah FOLLOW blog ini



3. Letak header seperti diatas

4. Tajuk "Pertandingan Tagline Visionnaire"

Anda perlu buat entry dan hasilkan tagline yang sesuai mengikut kreativiti anda. Tidak perlu ayat yang panjang lebar. Biar pendek dan padat.
Berpandukan header diatas



contoh : Visionnaire memartabatkan remaja

 Post link anda pada entry ini.


Hadiah

Tempat Pertama :
Topup bernilai RM 15.00
Penanda Buku Visionnaire Shop
Sticker Visionnaire Team

Tempat Kedua :
Topup bernilai RM 10.00
Penanda Buku Visionnaire Shop
Sticker Visionnaire Team

Tempat Ketiga :
Topup bernilai RM 5.00
Penanda Buku Visionnaire Shop
Sticker Visionnaire Team

5 Hadiah Saguhati :
Coklat Cadbury
Penanda Buku Visionnaire Shop
Sticker Visionnaire Team

5 blog terpilih:
Review oleh Blogger Hazwan Hairy 

20 terawal yang join secara automatik akan masuk dalam bloglist visionnaire dan hazwanhairy.com.
Seterusnya special entry untuk Blogwalking.



hadiah akan diUP jika mendapat sambutan
jadi ajak lah seramai mungkin tuk meriahkan pertandingan ini


  Nota : Tempoh Penyertaan dari 7.3.2013 hingga 31.3.2013 - Pukul 12.00 Tengah Malam (Tarikh Tutup Penyertaan)

Monday 25 March 2013

CUCI KERETA AMAL (CAR WASH, SETAPAK GOLF RANGE KUALA LUMPUR)



CUCI KERETA AMAL (TABUNG WIRA LAHAD DATU)

Pada 16 dan 17 haribulan Mac 2013 yang lepas, VISIONNAIRE GROUP telah menganjurkan satu aktiviti amal bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada tabung Wira Lahad Datu serta Rumah Titian Kasih. Aktiviti yang dimaksudkan adalah CUCI KERETA AMAL, seramai 20 orang ahli yang terdiri daripada anak-anak muda Visionnaire Team melakukan cucian kereta. Sebanyak 70 biji kereta yang telah di cuci selama 2 hari tersebut. Selain cucian, program ini juga membuka gerai jualan sabun serta tabung derma bagi dana Exco Kebajikan dan Perhubungan VISIONNAIRE.


Aktiviti mencuci kereta bermula pada Jam 10 pagi dan berakhir pada Jam 7 malam. Semua berjalan dengan lancar cuma diganggu dengan hujan lebat pada waktu petang 16 haribulan tersebut. Alhamdulillah semuanya mencapai matlamat yang diberikan serta ahli-ahli pasukan memberi komitmen yang tinggi sepanjang aktiviti tersebut berjalan.
Semoga program amal ini akan disambung serta di buat pada lain masa dengan pelbagai lagi aktiviti menarik serta melibatan ramai belia-belia di luar sana.
Terima kasih tidak terhingga kepada pemilik Car Wash Setapak iaitu Saudara Aznil atau dikenali sebagai Pak Nil sekeluarga, serta Pemilik Setapak Golf Range yang dimiliki oleh warga Singapura kerana membenarkan kami menjalankan aktivti ini.

- Lagi gambar-gambar menarik sepanjang aktiviti berlangsung








Nota : Banyak kali shoot untuk keluaran Utusan Malaysia...Terima kasih kepada wartawan yang terlibat...Dapatkan UTUSAN MALAYSIA hari sabtu ini 30.03.2013