Followers

Thursday 7 February 2013

PELANCARAN

Pelancaran Logo VISIONNAIRE


LOGO VISIONNAIRE
Di lancarkan pada 1 Februari 2013 dan secara rasminya logo ini digunakan sebagai penanda kepada kewujudan kelab VISIONNAIRE serta melambangkan identiti kelab dalam melakukan aktiviti yang telah dirancang.

MAKSUD LOGO VISIONNAIRE
Warna :
Ungu - merupakan warna korporat yang melambangkan identiti kami berasaskan prinsip perpaduan antara keintiman serta menjurus pengertian yang mendalam dan peka di dalam kumpulan dan juga menunjukan sifat kreativiti.
 Oren - merupakan warna korporat yang melambangkan semangat ahli kumpulan serta melambangkan harapan tinggi dan rasa percaya diri.

V - Sebelah kanan :
merupakan elemen tunas yang menjadi nadi kepada pergerakan serta perjalanan kami di dalam kumpulan

V - Sebelah kiri :
merupakan layar kapal yang membawa kami ke mercu kejayaan

3 layar utama :
merupakan nadi pergerakan kami melalui 3 prinsip yang berikut 1. Kepercayaan  2. Usaha  3. Kerjasama

Bulatan :
merupakan muafakat kami seia dan sekata dalam menjadikan kelab ini terus berjaya

Visionnaire :
gabungan vision & millionnaire yang membawa maksud kekayaan visi sekaligus melambangkan identiti kepada pergerakan kami sebagai satu kumpulan pembimbing dan pendidik.    

5 comments: