Followers

Sunday 31 March 2013

PERTANDINGAN MENCIPTA TAGLINE VISIONNAIRE

TAGLINE VISIONNAIRE

Syarat-syarat Penyertaan

1. Sila tekan LIKE di Visionnaire Group 

2. Anda mestilah FOLLOW blog ini



3. Letak header seperti diatas

4. Tajuk "Pertandingan Tagline Visionnaire"

Anda perlu buat entry dan hasilkan tagline yang sesuai mengikut kreativiti anda. Tidak perlu ayat yang panjang lebar. Biar pendek dan padat.
Berpandukan header diatas



contoh : Visionnaire memartabatkan remaja

 Post link anda pada entry ini.


Hadiah

Tempat Pertama :
Topup bernilai RM 15.00
Penanda Buku Visionnaire Shop
Sticker Visionnaire Team

Tempat Kedua :
Topup bernilai RM 10.00
Penanda Buku Visionnaire Shop
Sticker Visionnaire Team

Tempat Ketiga :
Topup bernilai RM 5.00
Penanda Buku Visionnaire Shop
Sticker Visionnaire Team

5 Hadiah Saguhati :
Coklat Cadbury
Penanda Buku Visionnaire Shop
Sticker Visionnaire Team

5 blog terpilih:
Review oleh Blogger Hazwan Hairy 

20 terawal yang join secara automatik akan masuk dalam bloglist visionnaire dan hazwanhairy.com.
Seterusnya special entry untuk Blogwalking.



hadiah akan diUP jika mendapat sambutan
jadi ajak lah seramai mungkin tuk meriahkan pertandingan ini


  Nota : Tempoh Penyertaan dari 7.3.2013 hingga 31.3.2013 - Pukul 12.00 Tengah Malam (Tarikh Tutup Penyertaan)

Monday 25 March 2013

CUCI KERETA AMAL (CAR WASH, SETAPAK GOLF RANGE KUALA LUMPUR)



CUCI KERETA AMAL (TABUNG WIRA LAHAD DATU)

Pada 16 dan 17 haribulan Mac 2013 yang lepas, VISIONNAIRE GROUP telah menganjurkan satu aktiviti amal bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada tabung Wira Lahad Datu serta Rumah Titian Kasih. Aktiviti yang dimaksudkan adalah CUCI KERETA AMAL, seramai 20 orang ahli yang terdiri daripada anak-anak muda Visionnaire Team melakukan cucian kereta. Sebanyak 70 biji kereta yang telah di cuci selama 2 hari tersebut. Selain cucian, program ini juga membuka gerai jualan sabun serta tabung derma bagi dana Exco Kebajikan dan Perhubungan VISIONNAIRE.


Aktiviti mencuci kereta bermula pada Jam 10 pagi dan berakhir pada Jam 7 malam. Semua berjalan dengan lancar cuma diganggu dengan hujan lebat pada waktu petang 16 haribulan tersebut. Alhamdulillah semuanya mencapai matlamat yang diberikan serta ahli-ahli pasukan memberi komitmen yang tinggi sepanjang aktiviti tersebut berjalan.
Semoga program amal ini akan disambung serta di buat pada lain masa dengan pelbagai lagi aktiviti menarik serta melibatan ramai belia-belia di luar sana.
Terima kasih tidak terhingga kepada pemilik Car Wash Setapak iaitu Saudara Aznil atau dikenali sebagai Pak Nil sekeluarga, serta Pemilik Setapak Golf Range yang dimiliki oleh warga Singapura kerana membenarkan kami menjalankan aktivti ini.

- Lagi gambar-gambar menarik sepanjang aktiviti berlangsung








Nota : Banyak kali shoot untuk keluaran Utusan Malaysia...Terima kasih kepada wartawan yang terlibat...Dapatkan UTUSAN MALAYSIA hari sabtu ini 30.03.2013



Wednesday 13 March 2013

AMAL CAR WASH

CUCI KERETA AMAL

“SETITIK KERINGAT SEJUTA MAKNA”


Bertempat di SNOW WASH Setapak Golf Range, Kuala Lumpur,
Exco Kebajikan & Perhubungan VISIONNAIRE GROUP akan mengadakan cuci kereta amal.
Bertujuan untuk mengumpul dana kebajikan tabung VISIONNAIRE yang akan di salurkan kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima dan Rumah Titian Kasih, Kuala Lumpur.

Program Cuci kereta amal ini adalah seperti berikut :
Tarikh             : 16 & 17 Mac 2013
Masa              : 10 pagi hingga 6 petang
Aktiviti            : Jualan Sabun & Tabung Derma
Penglibatan  :  Rakan Artis & Media

Objektif Utama :
1.Mengumpul Dana kebajikan Exco Kebajikan dan Pehubungan Visionnaire.
2.Memberi pendedahan berguna kepada ahli-ahli baru Visionnaire Group.
3.Memberi peluang ahli-ahli Visionnaire bekerja mencuci kereta.
4.Untuk mempromosikan VISIONNAIRE GROUP.

5.Memberi kesedaran kerja amal.





Semoga Kerja Amal ini mendapat keberkatan dan berjalan dengan lancar... kepada yang berminat boleh menyertai kami di VISIONNAIRE GROUP....Datanglah beramai-ramai pada hari tersebut... sumbangan anda amat kami hargai... TERIMA KASIH


Nota : Sambil menyelam minum air.... 


Friday 8 March 2013

Segmen Follow Blogwalking #2 Oleh Mia Liana



Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

Monday 4 March 2013

HARI WILAYAH 2013

GERAI JUALAN VISIONNAIRE SHOP SEMPENA HARI WILAYAH 2013

PADA 2 & 3 MAC 2013 yang lepas VISIONNAIRE SHOP telah membuka gerai jualan sempena penutup hari wilayah di taman metropolitan kepong. Selama 2 hari VISIONNAIRE SHOP membuka gerai disitu dengan menjual pelbagai jenis makanan dan minuman bermula pada pukul 7 pagi hingga 7 malam.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gerai kami di awal pagi
Antara jualan yang kami sediakan :

- Air Sirap Bandung, Tembikai Susu, Cincau, Keladi, Mangga & Laici
- Air Tin, Air Kotak, Air Mineral
- Kerepek
- Nugget & Hot Dog
- Burger Panas Daging dan Ayam
- Nasi Lemak
- Dan Lain-lain lagi
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar...tahniah diucapkan kepada pengarah projek serta semua ahli jawatankuasa yang terlibat sepanjang program jualan ini dilangsungkan... Jasa baik anda semua amat dihargai... Terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi hadir ke gerai kami serta membeli makanan dan minuman pada hari tersebut...

Kepada yang berminat untuk menyertai kami bolehlah berhubung dengan kami di :
dan
Download borang di SINI

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lagi gambar menarik ketika jualan :














Nota : Perlumbaan Akhir International Power Boat F3000 di tasik metropolitan mengamit pengunjung yang paling ramai.