Followers

Wednesday 27 February 2013

JUALAN SEMPENA HARI WILAYAH 2013 ( VISIONNAIRE SHOP )

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JUALAN SEMPENA HARI WILAYAH 2013

Sempena hari wilayah 2013, kami VISIONNAIRE TEAM akan berniaga di Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur.
Bermula dari Jam 8 pagi hingga 6 petang.
Gerai dibuka pada 2 & 3 haribulan Mac 2013.
Pelbagai jenis minuman serta makanan yang kami sediakan.
Kunjungilah kami untuk mendapatkan minuman yang terbaik dari kami seperti air tembikai, air cincau, air mangga, air keladi, air laici dan sebagainya.

Boleh sertai kami dengan pelbagai aktiviti yang menarik di sana.
Jangan lepaskan peluang anda!!!!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat untuk menjadi salah seorang ahli VISIONNAIRE TEAM

Atau

*ADD kami di Facebook - VISIONNAIRE FRIEND
*LIKE kami di Facebook - VISIONNAIRE GROUP

--------------------------------------------------------------------------------------
PERSIAPAN UNTUK PROGRAM JUALAN




 Persiapan awal sebelum jualan sabtu dan ahad ini....

----------------------------------------------------------------------------------------------

Nota : Jangan Lepaskan peluang untuk menyertai kami dalam program berikutnya iaitu cuci kereta amal bersama wartawan dan artis-artis tempatan.


Sunday 24 February 2013

VISIONNAIRE FC (TEAM BADMINTON)

VFC SMASH CLUB

Merupakan pasukan badminton Visionnaire FC
10 orang pemain

 Ketua Pasukan & Jurulatih
IJAM

Latihan setiap Jumaat  |  10.00 malam

Berminat bermain badminton, bolehlah menyertai kelab badminton kami...
Latihan adalah FREE

Tempat : Lee Chong Wei Sport Arena, Jalan Klang Lama

Berminat untuk menyertai group ini.... lihat sini
Visionnaire merupakan kelab yang mempunyai penaung serta organisasi yang menjalankan pelbagai aktiviti...Kelab ini turut disertai oleh blogger Hazwan Hairy

* Add KAMI Di Facebook - Visionnaire Friend 
* Like KAMI Di Facebook - Visionnaire Group  


Nota : Sesiapa yang ingin mengadakan perlawanan persahabatan bolehlah hubungi kami
Email : visionnairegroup2013@gmail.com
Tel : 012-9047287

Thursday 21 February 2013

T'SHIRT VISIONNAIRE TEAM

JUALAN T'SHIRT VISIONNAIRE TEAM

Design t'shirt Visionnaire Team

Kami menjual baju t'shirt kolar bulat dengan hanya satu design sahaja tetapi ia boleh ditempah mengikut warna seperti dibawah ini.
Bole pilih mengikut warna kesukaan anda.

warna-warna yang terdapat pada baju Visionnaire team

HARGA KAMI HANYA RM 25.00
KOS PENGHANTARAN -
SEMENANJUNG MALAYSIA : RM 5.00
SABAH & SARAWAK : RM 8.00

Kepada yang berminat bolehlah menghubungi kami : 
03-6150 7287  |  012-9047287   |   019-3483807   |   visionnairegroup2013@gmail.com

Sunday 17 February 2013

VISIONNAIRE FC (TEAM BOLA TAMPAR & BOLA JARING)

AKTIVITI BOLA TAMPAR & BOLA JARING 
(15 FEBRUARI 2013)

Visionnaire FC merupakan sebuah kelab di bawah EXCO SUKAN & REKREASI VISIONNAIRE yang menjalankan aktiviti sukan serta rekreasi kepada semua ahli-ahli VISIONNAIRE serta orang ramai yang berminat menyertai aktiviti sukan yang dijalankan.

Team Bola Jaring Lelaki & Bola Tampar Lelaki Visionnaire FC
Tarikh : 15 Februari 2013
Tempat : Kompleks Rakan Muda Puchong, Selangor
Masa : 10 Malam
Kawasan : Gelanggang Bola Tampar & Bola Jaring
Selepas Tamat latihan

Selepas Tamat Latihan
Aktiviti yang dijalankan :
- Memanaskan badan
- Lari setempat
- Melonggarkan urat-urat serta sendi
- Latihan digging bola tampar
- Latihan balinggan gol ke jaring
- Teknik permainan yang betul

Kejohanan Bola Tampar
Kejohanan Bola Jaring
 Nota : Kami mengalukan individu yang berminat menyertai Visionnaire FC... Latihan akan di buat setiap Hari Jumaat


KELEBIHAN VISIONNAIRE GROUP

Kelebihan Visionnaire Group


Setiap ahli akan memperolehi sekeping kad keahlian secara percuma 


Ahli akan mendapat sticker kereta dengan no keahlian

Memperolehi sijil bagi setiap yang berdaftar sebagai ahli


Potongan harga bagi pembelian baju kepada ahli bagi setiap aktiviti visionnaire

Potongan harga untuk pakej perlancongan yang di adakan

Penyertaan secara percuma bagi aktiviti sukan dan rekreasi (Visionnaire FC)

Tersenarai sebagai ahli jawatankuasa secara automatik dalam program-program Visionnaire Group

Berpeluang menjadi Pengarah Projek dalam program Visionnaire Team




NOTA : Setiap Ahli akan diberitahu serta diupdate dari masa ke semasa mengenai aktiviti serta perancangan Visionnaire Group
 



Thursday 7 February 2013

PELANCARAN

Pelancaran Logo VISIONNAIRE


LOGO VISIONNAIRE
Di lancarkan pada 1 Februari 2013 dan secara rasminya logo ini digunakan sebagai penanda kepada kewujudan kelab VISIONNAIRE serta melambangkan identiti kelab dalam melakukan aktiviti yang telah dirancang.

MAKSUD LOGO VISIONNAIRE
Warna :
Ungu - merupakan warna korporat yang melambangkan identiti kami berasaskan prinsip perpaduan antara keintiman serta menjurus pengertian yang mendalam dan peka di dalam kumpulan dan juga menunjukan sifat kreativiti.
 Oren - merupakan warna korporat yang melambangkan semangat ahli kumpulan serta melambangkan harapan tinggi dan rasa percaya diri.

V - Sebelah kanan :
merupakan elemen tunas yang menjadi nadi kepada pergerakan serta perjalanan kami di dalam kumpulan

V - Sebelah kiri :
merupakan layar kapal yang membawa kami ke mercu kejayaan

3 layar utama :
merupakan nadi pergerakan kami melalui 3 prinsip yang berikut 1. Kepercayaan  2. Usaha  3. Kerjasama

Bulatan :
merupakan muafakat kami seia dan sekata dalam menjadikan kelab ini terus berjaya

Visionnaire :
gabungan vision & millionnaire yang membawa maksud kekayaan visi sekaligus melambangkan identiti kepada pergerakan kami sebagai satu kumpulan pembimbing dan pendidik.    

Wednesday 6 February 2013

TRIP TO CHAMANG WATERFALL, BENTONG PAHANG

TEMA : HIJAU - MEMELIHARA ALAM SEKITAR

Pada 27 Januari yang lepas VISIONNAIRE GROUP telah mengadakan trip rekreasi ke Air Terjun Chamang yang terletak di Bentong, Pahang, Malaysia.
Seramai 15 orang telah menjayakan trip ini bersama-sama ahli jawatankuasa pengelola trip. Perjalanan bermula dengan sesi taklimat di kawasan stesen minyak BHP (selepas tol gombak) pada pukul 8.30 pagi. Apabila taklimat selesai, 4 biji kereta mula bergerak mengikut ketua rombongan yang telah dilantik.

Perjalanan yang mengambil masa satu jam itu, terasa cepat kerana suasana sepanjang jalan amat menarik. Tibanya di sana, semua ahli perlu melintas jambatan gantung untuk mencari tapak yang sesuai untuk mendirikan khemah serta kawasan aktiviti nanti
Pemandangan Air Terjun dari jambatan gantung
Selepas menjumpai kawasan yang sesuai, khemah pun didirikan serta kerja-kerja dijalankan mengikut tugas masing-masing
Pasukan pemasangan khemah
Pasukan menyalakan api untuk dijadikan bara
Pasukan memasak mengunakan dapur
Pasukan membakar ayam
Pasukan memotong buah-buahan
 Setelah selesai melakukan tugas masing-masing, maka semua berkumpul untuk menikmati juadah yang telah disediakan

Antara makanan yang telah siap
Sesi makan dan beramah-mesra
sesi makan dan bergambar
Setelah menghabiskan makanan masing-masing, semua bersiap sedia untuk mandi air terjun yang amat sejuk. Selepas menyalin pakaian masing-masing, semua ahli-ahli visionnaire friend mandi beramai-ramai.

Apabila semua selesai, gambar diambil untuk kenang-kenangan




Segala aktiviti berjalan dengan lancar. Tepat jam 5 petang, semua bertolak balik ke kuala lumpur mengikut haluan masing-masing

NOTA : Sertailah kami di Visionnaire Group untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan kelak.