Followers

Wednesday 6 February 2013

TRIP TO CHAMANG WATERFALL, BENTONG PAHANG

TEMA : HIJAU - MEMELIHARA ALAM SEKITAR

Pada 27 Januari yang lepas VISIONNAIRE GROUP telah mengadakan trip rekreasi ke Air Terjun Chamang yang terletak di Bentong, Pahang, Malaysia.
Seramai 15 orang telah menjayakan trip ini bersama-sama ahli jawatankuasa pengelola trip. Perjalanan bermula dengan sesi taklimat di kawasan stesen minyak BHP (selepas tol gombak) pada pukul 8.30 pagi. Apabila taklimat selesai, 4 biji kereta mula bergerak mengikut ketua rombongan yang telah dilantik.

Perjalanan yang mengambil masa satu jam itu, terasa cepat kerana suasana sepanjang jalan amat menarik. Tibanya di sana, semua ahli perlu melintas jambatan gantung untuk mencari tapak yang sesuai untuk mendirikan khemah serta kawasan aktiviti nanti
Pemandangan Air Terjun dari jambatan gantung
Selepas menjumpai kawasan yang sesuai, khemah pun didirikan serta kerja-kerja dijalankan mengikut tugas masing-masing
Pasukan pemasangan khemah
Pasukan menyalakan api untuk dijadikan bara
Pasukan memasak mengunakan dapur
Pasukan membakar ayam
Pasukan memotong buah-buahan
 Setelah selesai melakukan tugas masing-masing, maka semua berkumpul untuk menikmati juadah yang telah disediakan

Antara makanan yang telah siap
Sesi makan dan beramah-mesra
sesi makan dan bergambar
Setelah menghabiskan makanan masing-masing, semua bersiap sedia untuk mandi air terjun yang amat sejuk. Selepas menyalin pakaian masing-masing, semua ahli-ahli visionnaire friend mandi beramai-ramai.

Apabila semua selesai, gambar diambil untuk kenang-kenangan




Segala aktiviti berjalan dengan lancar. Tepat jam 5 petang, semua bertolak balik ke kuala lumpur mengikut haluan masing-masing

NOTA : Sertailah kami di Visionnaire Group untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan kelak.





2 comments: