Followers

Monday 25 March 2013

CUCI KERETA AMAL (CAR WASH, SETAPAK GOLF RANGE KUALA LUMPUR)



CUCI KERETA AMAL (TABUNG WIRA LAHAD DATU)

Pada 16 dan 17 haribulan Mac 2013 yang lepas, VISIONNAIRE GROUP telah menganjurkan satu aktiviti amal bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada tabung Wira Lahad Datu serta Rumah Titian Kasih. Aktiviti yang dimaksudkan adalah CUCI KERETA AMAL, seramai 20 orang ahli yang terdiri daripada anak-anak muda Visionnaire Team melakukan cucian kereta. Sebanyak 70 biji kereta yang telah di cuci selama 2 hari tersebut. Selain cucian, program ini juga membuka gerai jualan sabun serta tabung derma bagi dana Exco Kebajikan dan Perhubungan VISIONNAIRE.


Aktiviti mencuci kereta bermula pada Jam 10 pagi dan berakhir pada Jam 7 malam. Semua berjalan dengan lancar cuma diganggu dengan hujan lebat pada waktu petang 16 haribulan tersebut. Alhamdulillah semuanya mencapai matlamat yang diberikan serta ahli-ahli pasukan memberi komitmen yang tinggi sepanjang aktiviti tersebut berjalan.
Semoga program amal ini akan disambung serta di buat pada lain masa dengan pelbagai lagi aktiviti menarik serta melibatan ramai belia-belia di luar sana.
Terima kasih tidak terhingga kepada pemilik Car Wash Setapak iaitu Saudara Aznil atau dikenali sebagai Pak Nil sekeluarga, serta Pemilik Setapak Golf Range yang dimiliki oleh warga Singapura kerana membenarkan kami menjalankan aktivti ini.

- Lagi gambar-gambar menarik sepanjang aktiviti berlangsung








Nota : Banyak kali shoot untuk keluaran Utusan Malaysia...Terima kasih kepada wartawan yang terlibat...Dapatkan UTUSAN MALAYSIA hari sabtu ini 30.03.2013



3 comments:

  1. tahniah kerana telah menganjurkan event yg memberi manfaat buat semua pihak. nnt buat la kt shah alam, boleh saya cuci2 kereta sambil menderma :)

    ReplyDelete
  2. rindu lak nk bsuh kereta..haha..tinggal gamabr ni ja kan kamera hilang! sobb.....tp byk gmbr hh saja..wwakaka

    ReplyDelete
  3. tahniah.semoga diteruskan pada masa akan datang..

    *salam kenal dari saya..
    follower ke 100.. pertama kali jadi follower yg ke seratus ni.. hihi

    ReplyDelete